Arini saya nak cerita tentang dendam...
Kita selalu dengar orang cakap, "aku dah maafkan dia.. tp, sori, apa yang dia da buat kat aku selama ni, aku takkn lupakan sampai mati..."
ok2..
Apa pointnya, kalo kita maafkan seseorg tp, still berdendam..
Apa pointnya, kalo kita maafkan seseorg tp, ati masih sakit bila bertentang mata dengan dia...
Saya faham perasan2 begini..
Dan saya percaya semua orang pernah melaluinya...
Kita takkan boleh lari daripada kenangan lebih2 lagi yang perit..
Takkan kita nak salahkan seseorang yang pernah dirogol then berdendam dengan perogolnya...?
Takkan kita nak salahkan seseorang yang ahli keluarganya disamun hingga mati, berdendam dengan penyangak tu..?
And takkan kita nak salahkan seseorang yang berdendam dengan peragut yang pernah meragut dia n dia lumpuh kerana kejadian itu..?
Dan sume kes2 lain ler..
Sbb nya satu je....
Sbb kita ni manusia..
manusia biasa yang mempunyai perasaa sayang, benci, sedih, suka dan so on...
dan kita adalah manusia biasa yang tau perasaan kita sendiri... orang lain pun takkan memahami apa yang kita rasa selagi dia tak rasa..
and of course Allah je yang tahu apa yg ada dalam hati sseorg tu..
Tp, entry saya kali ini bukan nak galakkan anda untuk berdendam .
Arini saya nak kongsi sesuatu...
Saya nak btau tips macammana nak hilangkan or kurangkan rasa dendam tu dalam diri kita..
Sebab perasaan dendam tu akan hilang bila kita benar2 ikhlas terhadap apa yang berlaku and redha dengan ketentuan Allah...
Kat atas, saya cerita sebab kita manusia la kite boleh wat bla, bla,bla....
And why not kita fikir sebab org yg buat kesalahan kita tu pun manusia gak..
Tiada manusia yang terlepas dari kesilapan...
Walaupun dia hebat macammana sekalipun..
Reasonnya senang... Sebab dia manusia...
Yang takkan pernah sempurna...
Sebab tu bila kita bercerita tentang manusia, kita kena sentiasa saling memaafkan..
saling berpesan2 and saling menasihati..
Paling senang, kita anggap la, orang yang wat kesalahan kita tu adalah ahli keluarga kita sendiri...
Air dicincang takkan putuskan..
Besar mana pun ksalahan seseorang tu kat kita, if kita aggap dye mcm fmily kte,
insya'allah kita akan mudah maafkan...
Smpai bila kta nak terus2 bawa perasaan dendam tu?
Sampai mati?
Sampai kat alam mahsyar?
Time tu rasa2nya, berguna lagi ke prasaan dendam tu?
And rasa2nya bhagia ke kita kat dunia lg satu, if kita dibangkitkan dengan perasaan dendam?
Fikir2kan la ye kwn2..
Have a nice day...!
p/s: Entry ni hasil pgaruh drpd Fiksyen 302, karya Ramlee Awang Murshid.. if kwn2 baca cter tu, kwn2 phamla tiada guna berdendam,
sbb ia takkan bawa apa2 kbhgiaan wpun pada dri sendiri... "Jgn Percaya!" Hehehhehe....
No comments:
Post a Comment